widgeo.net

Home Info Carta Organisasi Sudut PPDa
Semua warga SMKTS bersedia.....lawatan dari JPN hari ini. Semoga berjaya.

Jom Raya di SMKTS

Meriah satu sekolah dok sibuk masak n berjoli joli......nak sambut Hari Raya.....best!!!!!

Lagu "Dadah Durjana"

Lirik Lagu Dadah Durjana

Dadah durjana

Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara

Kini kami teguh

Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat

Korus

Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.

Program-program yang telah dijalankan Oleh Unit PPDa SMKTS

Banyak aktiviti telah dijalankan oleh Unit PPDa SMKTS.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

1- Bulan PPDa
2- Program Keibubapaan Asmaul Husna
3- Program 1 Pelajar 1 Poster PPDa
4- Buku nota " Nafas Baru Ramadhan"
5- Pertandingan Mural PPDa
6- Pertandingan Pondok PPDa
7- Ceramah AADK, Kementerian Kesihatan, PDRM, Bomba Dan
    Lawatan sambil belajar
8- Penanda Buku PPDa
9- Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah Dan Pra Sekolah
    (Program Jiwa Murni)

Fatwa Merokok

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
 

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
 

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
 

4. Rokok membahayakan keturunan
 

5. Rokok mengganggu manusia lain.
 

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
 

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
 

8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
 

9. Rokok membazirkan harta (wang)
 

10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Lagu Tema PPDa


Lirik Lagu Tema PPDa : “Hidup Cemerlang Tanpa Dadah”


Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi
Dalam meniti ranjau berduri
Wawasan negara kekal waja bina bersama
Harapan Semua ...
Anak-anak Bangsa

Kami Sihat Kami Hebat
Kami Kuat Kami Tekad

Tanpamu, Hidup Bebas Merdeka
Tanpamu, Hidup Riang Cemerlang
Tanpamu, Nusa Bangsa Gemilang
Tanpamu, Negara Pasti Terbilang

Kita Bersatu
Kita Berpadu
Katakan ... Laungkan ...
Hidup Cemerlang Tanpa Dadah.

"Mural" kami...

MELAKAR ILMU BERSAMA --->
Guru dan pelajar bergotong royong menghasilkan "Mural" PPDa SMK Tunku Sulong.

Kerjasama yang padu antara warga SMKTS telah berjaya menghasilkan "Mural" di setiap ruangan dinding sekolah yang menyerlahkan hasil kreativiti mereka bagi menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Saat gembira keluarga SMK Tunku Sulung melakar "Mural" PPDa bersama-sama:
















































































































Segalanya karya kami, warga SMK Tunku Sulong.




Sajak Dadah - Ibu Itu Bersedih Lagi


Ibu  itu bersedih lagi
melihat satu persatu anaknya
mati di cincang dadah hina
dikapani jaluran dosa tidak terhitung
melintangi kiblat hidup yang sementara
Allah………..

teganya anak kau bohongi ibu itu
kau tabur janji pada fitrahmu yang suci

tiada lagi cahaya gelap itu mnunggumu
panas mentari mungkin biasa oleh itu kau rela sengsara

ibu itu bersedih lagi
Melihat mata-mata putih anaknya bertukar hitam
hangus dibakar dek kesengsaraan hidup yang fana
ibu itu pernah berpesan
Kaulah amanah menjunjung amanah
jajahan dadah  menakluki setiap titik tanah hatimu
darah-darah mengalir bertukar bisa
Yang akhirnya
Yang akhirnya
sendi hitam mula menikam
memakan rantaian falsafah yang ada

Apa makna kemerdekaan itu
Andai kau tidak sayangkan ibu ini
Dia tak pernah rela anaknya menjadi penagih pil extasy
dia tidak pernah rela anaknya menjdi pengedar ganja
dia tidak pernah rela anak-anaknya dijajah pautan duri berbisa

Bukan khayalan kita menjunjung langit
Amanah terpahat pada dasar sudut lahiriah insan
Bukan khayalan kita memijak bumi
Pada kaki tergalas berguni impian
Bukan Khayalan kita masuk kekandang ini
Ditarik ke barat tunduk jua pada durjana
Bukan lalang liuk lintuk ditiup angin
Tergoda jua pada hasutan yang laknat
Terbunuh jua si sarjana bijaksana

Kita bukan bangsa yang lemah
Kita dilahirkan di pertiwi bertuah
Punya harga diri
Makna tiada terperi

Hidup ini perlu berpaut pada tiang pertama
Gagah kukuh bersatu sesama
Bukan pincang dicincang nafsu
Tapi bijak dicatur ilmu

Pada si kaduk
Berfikir sebelum bertindak
Kerna kau pegang kau junjung
pawai  Kehendak
Pertiwi yang  berdaulat

Esok kita lihat bagaimana
Mungkin mentari ini akan lebih cemerlang
Atau terus di tapak pembenaman

Nukilan
KAUs - 22/11/2011